PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini berdepan detik pilu apabila abang sulungnya, Ahmad Musyaiful Mokhtar, meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini.
Allahyarham Ahmad Musyaiful, 51, sebelum ini dikejarkan ke hospital selepas rebah ketika menghadiri satu acara membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya.
Rita ketika mengesahkan berita duka itu berkata, dia menerima perkhabaran mengenai pemergian abangnya daripada anak Allahyarham pada awal pagi tadi.
Mengakui kehilangan tersebut amat memberi kesan kepada dirinya dan keluarga, Rita turut memohon orang ramai memberikan ruang kepada mereka untuk melalui saat sukar berkenaan.










