PETALING JAYA: Seramai 70,195 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi 11,808 operasi penguatkuasaan dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di seluruh negara sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober lalu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata seramai 155,498 individu diperiksa dan 328,744 orang mendaftar melalui Program Repatriasi Migran (PRM) 2.0 dalam tempoh sama.
Daripada jumlah itu, beliau berkata, seramai 243,501 individu sudah pulang ke negara asal melalui program berkenaan.
"Dalam tempoh sama, seramai 52,585 PATI diusir selepas melalui proses perundangan dan dokumentasi berkaitan," katanya.









