Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperhebatkan tindakan tegas dan menyeluruh terhadap aktiviti lumba haram serta perbuatan menduga kelajuan kenderaan menerusi penguatkuasaan Seksyen 42A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Menerusi undang-undang ini, pihak berkuasa tidak lagi perlu menunggu berlakunya kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa pengguna jalan raya untuk mengheret pelumba haram ke muka pengadilan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, penguatkuasaan tegas itu digerakkan melalui Operasi Khas Ekstrim Lumba Haram sebagai langkah proaktif pihak jabatan bagi membanteras kegiatan pemanduan berisiko tinggi di negara ini.
"Pelaksanaan operasi khas ini adalah langkah proaktif JPJ dalam membanteras kegiatan pemanduan berisiko tinggi yang bukan saja melanggar undang-undang, malah boleh mengancam keselamatan dan meragut nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah.









