KUALA KANGSAR - Kemajuan dan pembangunan pesat perlu berpandukan nilai serta pedoman yang jelas bagi memastikan perubahan zaman tidak melunturkan nilai kemanusiaan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.Baginda bertitah, semakin pantas sesebuah masyarakat melangkah ke hadapan, semakin penting masyarakat mengenali akar sejarah dan asas jati diri bagi memastikan kemajuan yang dicapai membawa kesejahteraan kepada rakyat.Menurut baginda, warisan sejarah dan adat bukan sekadar peninggalan untuk dikagumi, sebaliknya perlu difahami, dihayati dan diterapkan dalam urusan pemerintahan serta kehidupan masyarakat."Beta berpandangan, semakin pantas sesebuah masyarakat melangkah ke hadapan, semakin penting masyarakat mengenali akar sejarah dan asas jati diri."Kemajuan memerlukan pedoman agar pembangunan membawa kesejahteraan, sementara perubahan pula tidak melunturkan nilai kemanusiaan," titah baginda.Baginda bertitah demikian dalam Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-70 Sultan Nazrin di Istana Iskandariah di sini pada Ahad.Dalam titah berkenaan, baginda turut menekankan kepentingan menghayati makna di sebalik dua alat kebesaran utama Kesultanan Perak iaitu Pedang Cura Si Manja Kini dan Keris Taming Sari yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka.Baginda bertitah, kedua-dua pusaka berkenaan bukan sekadar kelengkapan istiadat atau lambang kebesaran sebaliknya membawa pengertian mendalam mengenai kedaulatan, keberanian, kesetiaan dan tanggungjawab.Menurut baginda, Pedang Cura Si Manja Kini dan Keris Taming Sari menghubungkan sejarah Kesultanan Melayu Melaka dengan Kesultanan Perak selain menjadi peringatan terhadap tanggungjawab memelihara kedaulatan negeri dan maruah bangsa."Pedang Cura Si Manja Kini bukan sekadar kelengkapan untuk disandang, Keris Taming Sari bukan sekadar hiasan untuk disisip di pinggang. Pusaka bangsa akan kehilangan maknanya sekiranya kita hanya mengagumi bentuknya tetapi melupakan nilainya. Apalah erti mata pedang yang dijulang tinggi, jika kebenaran dibiarkan rebah."Apalah erti mata pedang yang dijulang tinggi jika kebenaran dibiarkan rebah. Apalah erti keris yang tersisip kemas, jika amanah dipersia-siakan," titah baginda.Sultan Nazrin bertitah, semangat yang terkandung dalam kedua-dua pusaka itu perlu diterjemahkan melalui keberanian menegakkan kebenaran, kebijaksanaan membuat pertimbangan serta keadilan dalam melaksanakan kuasa.Baginda turut mengingatkan bahawa para pembesar dan pemegang jawatan perlu menjunjung integriti, berkhidmat dengan ikhlas serta menjauhkan kepentingan diri.Malah mereka yang mendampingi institusi beraja juga bertanggungjawab menyampaikan nasihat yang benar walaupun pahit serta memastikan suara dan rintihan rakyat sampai kepada pengetahuan Raja Pemerintah.Baginda bertitah, kemuliaan institusi beraja perlu dicerminkan melalui perlakuan mereka yang diamanahkan mendukung institusi berkenaa
Jangan biar kemajuan lunturkan nilai kemanusiaan - Sultan Nazrin

Key takeaways
Sultan Nazrin bertitah kemajuan perlu berpandukan nilai kemanusiaan dan sejarah agar membawa kesejahteraan. Titah ini disampaikan sempena sambutan ulang tahun ke-70 baginda di Istana Iskandariah.
- Baginda menekankan pentingnya memahami akar sejarah dan jati diri masyarakat.
- Titah disampaikan sempena sambutan ulang tahun ke-70 Sultan Nazrin.
- Pedang Cura Si Manja Kini dan Keris Taming Sari membawa makna kedaulatan dan tanggungjawab.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Jangan biar retorik PRN Sarawak jejas usaha capai penyelesaian dengan Petronas
- Utusan Malaysia Pembangunan bandar tidak boleh pinggir nilai kemanusiaan
- Sinar Harian Jangan biar kemajuan lunturkan nilai kemanusiaan - Sultan Nazrin (this story)








