PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada penyanyi Aina Abdul atas kejayaannya meraih tempat keempat dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia (Eurovision Asia) 2026 di Bangkok, Thailand, malam tadi.Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian penyanyi itu serta seluruh pasukan yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa."Alhamdulillah, tahniah Aina Abdul atas kejayaan meraih tempat keempat dalam Eurovision Asia Song Contest 2026!"Terus terbang tinggi Aina!" kata beliau.Dalam pertandingan yang menghimpunkan wakil dari 11 negara Asia itu, Aina mempertaruhkan lagu balada berjudul Bluest Sky, hasil ciptaannya bersama-sama Mac Chew yang berjaya mengumpul 152 markah keseluruhan.Wakil Filipina, Carmelle muncul juara edisi sulung pertandingan berkenaan menerusi lagu Sobra-Sobra selepas mengumpul 211 mata keseluruhan.Negara lain yang turut mengambil bahagian ialah Thailand, Vietnam, Nepal, Korea Selatan, Mongolia, Bangladesh, Kemboja, Laos dan Bhutan. - Bernama
'Terus terbang tinggi Aina!' - Anwar ucap tahniah kepada Aina Abdul

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim ucap tahniah kepada Aina Abdul kerana meraih tempat keempat dalam Eurovision Asia 2026.
- Aina Abdul meraih tempat keempat dalam Eurovision Asia 2026 dengan lagu Bluest Sky.
- Filipina memenangi pertandingan dengan 211 mata.
- Pertandingan ini menyaksikan wakil dari 11 negara Asia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian 'Terus terbang tinggi Aina!' - Anwar ucap tahniah kepada Aina Abdul (this story)
- Utusan Malaysia Perdana Menteri ucap tahniah Aina Abdul di Eurovision Asia 2026








