MANILA - Jadual padat menanti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di sini pada Ahad, dengan krisis Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan dijangka menjadi antara agenda utama.Anwar, yang tiba pada malam Sabtu, akan menghadiri majlis perasmian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC) yang akan dipengerusikan oleh Presiden Filipina, Ferdinand R Marcos Jr selaku Pengerusi ASEAN. Majlis itu akan disusuli dengan sidang pleno dan sesi permukiman pemimpin.Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.Hari ini, beliau akan menyertai pemimpin ASEAN lain dalam beberapa mesyuarat berasingan bersama-sama wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dan Belia ASEAN.Anwar dijadualkan menerima kunjungan hormat daripada Presiden Asian Development Bank (ADB) Masato Kanda pada sebelah petang.Menurut Kementerian Luar, sidang kemuncak itu akan memberikan peluang kepada Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan tentang pembinaan Komuniti ASEAN dan hala tuju masa depan blok itu, dengan perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh daya tahan serantau, keselamatan tenaga dan rantaian bekalan dalam suasana global yang terus berubah.Pemimpin dijangka mengkaji semula pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN tentang Myanmar dan membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil oleh blok berkenaan. Perbincangan mengenai keselamatan maritim dijangka merangkumi cadangan penubuhan Pusat Maritim ASEAN dan perkembangan rundingan berhubung Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan.Kementerian memaklumkan pemimpin juga dijangka membincangkan isu pencemaran jerebu rentas sempadan dan krisis yang berterusan di Asia Barat.Pada Isnin, Anwar dijadualkan menghadiri sidang kemuncak dengan China, Australia, Korea Selatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Perhimpunan selama tiga hari bertemakan "Navigating Our Future, Together" itu, akan melabuhkan tirainya pada Selasa dengan beberapa lagi mesyuarat termasuk Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat serta penyerahan jawatan Pengerusi ASEAN daripada Filipina kepada Singapura. - Bernama
Jadual padat menanti Anwar pada Sidang Kemuncak ASEAN di Manila

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempunyai jadual padat semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, termasuk perbincangan mengenai krisis Myanmar dan Laut China Selatan.
- Anwar akan menghadiri majlis perasmian dan sesi permukiman pemimpin ASEAN.
- Perbincangan utama termasuk krisis Myanmar, keselamatan maritim, dan Kod Tatalaku Laut China Selatan.
- Pemimpin juga akan membincangkan isu pencemaran jerebu dan krisis Asia Barat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Utusan Malaysia , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Jadual JDT lebih padat berbanding Real, Barcelona
- Sinar Harian Jadual padat menanti Anwar pada Sidang Kemuncak ASEAN di Manila (this story)
- Utusan Malaysia Jadual padat menanti Anwar pada Sidang Kemuncak ASEAN di Manila






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FBemban14_808844.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
