PETALING JAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Pahang wajar dibubarkan untuk membuka laluan pilihan raya ekoran kejayaan besar Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam tiga siri pilihan raya negeri (PRN).
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, kejayaan formula kerjasama kedua-dua gabungan itu berjaya menampakkan kejayaan menerusi kemenangan di Melaka.
Katanya, formula itu pada awalnya dilihat rumit apabila BN bertegas bertanding di 21 daripada 28 kerusi, namun keputusan Pas memenuhi tuntutan itu membuahkan hasil apabila parti itu berjaya memenangi dua kerusi sukar.
“Nampaknya formula kerjasama BN-PN menjadi. Mereka menang besar. Bukan itu sahaja, majoritinya juga amat besar. Awalnya nampak rumit kerana BN berkeras tetap bertanding di 21 daripada 28 kerusi.








