Alor Setar: Sungai Sedim di daerah Kulim antara lokasi berisiko berlakunya kepala air di negeri ini yang pernah mencatatkan tiga kematian dalam kejadian pada 17 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, selain Sungai Sedim, 38 lokasi di 12 daerah lain di Kedah turut berisiko kejadian kepala air.

Beliau berkata, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, orang ramai dinasihatkan supaya menangguhkan aktiviti berkelah dan beriadah di negeri ini untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 ini, JBPM Kedah turut mengadakan latihan menghadapi kepala air di Sungai Sedim baru-baru ini.