KUALA LUMPUR: Persaingan merebut gelaran Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-38 kini memasuki fasa penentuan apabila undian rasmi dibuka bermula 12.01 tengah malam ini hingga 6 Disember depan.

Menerusi undian itu, peminat berpeluang menentukan nasib calon Top 10 kegemaran masing-masing dalam 21 kategori dipertandingkan melalui laman web rasmi www.abpbh.com.my.

Mengangkat tema 'Kitalah Bintang' dengan slogan 'Undi Dulu, Baru 'Flex'!', ABPBH 38 memberi kuasa kepada peminat untuk mengagihkan 38 mata undian percuma yang diterima selepas mendaftar akaun Tonton.

Mata undian itu boleh diberikan kepada seorang calon pilihan atau diagihkan kepada beberapa calon mengikut strategi masing-masing.