AYER KEROH: Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh meneruskan kepemimpinannya sebagai Ketua Menteri Melaka bagi penggal kedua selepas kemenangan besar gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, semalam.
Pengerusi BN Melaka itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, pada istiadat yang berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, di sini.
Istiadat berkenaan merangkumi pengurniaan surat cara pelantikan, angkat sumpah jawatan, taat setia dan sumpah simpan rahsia, diikuti majlis menandatangani surat cara sumpah.
hadir sama, Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.










