KUALA LUMPUR: Keputusan semakan kehakiman yang difailkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk mencabar tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan terhadapnya membabitkan lebih RM5 juta bagi 2017 hingga 2019 antara kes tumpuan mahkamah sepanjang minggu depan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadualkan membuat keputusan berkenaan, esok.
Pada 2 Januari 2025, mahkamah memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berkenaan.
Pada 20 Disember 2025, Mukhriz, 61, selaku pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Pegawai Eksekutif atau Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.









