PETALING JAYA – Pengalaman seorang wanita menikmati nasi kerabu bertukar menggelikan apabila dia terkejut melihat terdapat banyak ulat yang merayap di dalam makanan tersebut selepas budu dituang.

Menerusi rakaman siaran langsung yang tular, wanita itu dilihat menuangkan budu ke atas nasi kerabu sebelum menyedari terdapat ulat bergerak-gerak di celah-celah makanan berkenaan.

Situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya geli melihat keadaan makanan berkenaan, malah ada yang mendakwa ulat itu sebenarnya sudah berada di dalam botol budu.

“Dalam budu tu yang ada ulat. Masa dia tinggalkan nasi kerabu tu tak nampak satu binatang pun yang gerak,” komen @nanafana_.