PETALING JAYA – Abang sulung pelakon Rita Rudaini, Ahmad Musyaiful Mokhtar, 51, meninggal dunia selepas rebah ketika berada di tempat tugas di Kompleks Kastam Kelana Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

“Ya, meninggal di tempat tugas Kastam Kelana Jaya. Arwah menghidap sakit jantung dan mendapat rawatan sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Allahyarham merupakan Pegawai Kastam Tinggi (WK3) yang bertugas di Perlis.