PETALING JAYA: Abang kepada pelakon, Rita Rudaini, Ahmad Musyaiful Mokhtar dilaporkan meninggal dunia pada usia 51 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), awal pagi tadi.
Menurut perkongsian Melodi, Allahyarham difahamkan rebah ketika menghadiri satu program anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya sebelum dikejarkan ke hospital.
Menerusi perkongsian di Instagram, Rita dilihat berada di hospital dalam keadaan sebak sambil memeluk erat jenazah abangnya.
Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut dikongsikan berhubung punca kematian Allahyarham.








