ABANG kepada pelakon, Rita Rudaini iaitu Ahmad Musyaiful Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.46 pagi Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Menerusi perkongsian yang dibuat Melodi di Instagram, Allahyarham yang berusia 51 tahun difahamkan menghembuskan nafas terakhir selepas rebah ketika menjayakan satu program membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kelana Jaya.Menerusi perkongsian yang sama, Rita yang sedang berada di hospital dilihat sebak dan tidak dapat menahan air mata ketika berdiri di samping jenazah jenazah abangnya.Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampung halaman di Kangar, Perlis untuk urusan pengebumian.Walau bagaimanapun, belum ada maklumat lanjut berhubung punca kematian Allahyarham.Salam takziah buat Rita Rudaini atas pemergian abang tercintanya. - Gempak