PORT DICKSON - Seorang peserta program Himpunan 125ZR Members 2.0 maut selepas motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 5.7 Jalan Pantai, di sini pagi Ahad.Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, nahas kira-kira jam 4.30 pagi menyebabkan lelaki tempatan berusia 28 tahun dari Petaling Jaya, Selangor itu meninggal dunia di lokasi kejadian.Beliau berkata, siasatan awal mendapati Perodua Axia dipandu wanita tempatan berusia 29 tahun itu dari arah Batu 4 Jalan Pantai menghala ke Taman Intan Duyung."Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta berkenaan."Akibat kemalangan itu, pemandu kereta mengalami kecederaan ringan manakala penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.Ahmad Afiq berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Peserta Himpunan 125ZR Members 2.0 maut kemalangan

Key takeaways
Seorang peserta program Himpunan 125ZR Members 2.0 maut selepas motosikalnya bertembung dengan kereta di Kilometer 5.7 Jalan Pantai, Port Dickson, pada pagi Ahad.
- Kemalangan berlaku kira-kira jam 4.30 pagi melibatkan lelaki berusia 28 tahun dari Petaling Jaya.
- Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kereta.
- Pemandu kereta wanita berusia 29 tahun mengalami kecederaan ringan dalam insiden tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Seorang peserta maut ketika larian Garmin Run
- Sinar Harian Peserta Himpunan 125ZR Members 2.0 maut kemalangan (this story)
- Harian Metro Peserta Himpunan 125ZR Members 2.0 maut kemalangan
- Berita Harian Peserta Himpunan 125ZR Members 2.0 maut rempuh kereta









