KUALA LUMPUR - Aktiviti 'ulat parkir' di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Maluri, di sini akhirnya tumpas apabila seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan itu ditahan pada Sabtu.Suspek warga tempatan berusia lingkungan 50an itu ditahan kira-kira jam 2 petang susulan laporan yang diterima polis berhubung kegiatan berkenaan.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daus mengesahkan penahanan suspek terbabit."Disahkan tangkapan ada dilaksanakan berkaitan perkara ini kira-kira jam 2 petang semalam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan kegiatan 'ulat parkir' yang dipercayai masih berleluasa di kawasan berkenaan.Susulan itu, polis bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa pihak berkaitan dilaporkan menjalankan pemantauan di lokasi terbabit pada Sabtu.Dalam pada itu, ParkIt Malaysia menerusi hantaran di Threads baru-baru ini memaklumkan pihaknya tidak mengenakan sebarang bayaran parkir di kawasan berkenaan.Menurutnya, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) turut mengesahkan bahawa pihak ketiga yang menjalankan kegiatan kutipan bayaran parkir di lokasi terbabit tidak mempunyai lesen untuk beroperasi di tanah berkenaan.ParkIt Malaysia turut meminta orang ramai yang pernah membuat bayaran kepada individu terbabit supaya tampil menyalurkan maklumat termasuk resit pembayaran, nama syarikat atau kod QR yang digunakan bagi tujuan kutipan bayaran.
'Ulat parkir' Maluri dicekup

Key takeaways
Seorang lelaki berusia lingkungan 50an ditahan pada Sabtu kira-kira jam 2 petang kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti 'ulat parkir' di Stesen MRT Maluri, Kuala Lumpur.
- Penahanan suspek disahkan oleh Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daus.
- Polis bersama DBKL menjalankan pemantauan di lokasi susulan laporan tular di media sosial.
- ParkIt Malaysia dan PTG mengesahkan pihak ketiga yang mengutip bayaran parkir di situ tidak mempunyai lesen.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Ulat parkir MRT Maluri kembali lagi?
- Harian Metro 'Ulat parkir' MRT Maluri ditahan polis
- Berita Harian 'Ulat parkir' di Stesen MRT Maluri ditahan polis
- Sinar Harian 'Ulat parkir' Maluri dicekup (this story)









