Port Dickson: Seorang peserta Himpunan 125ZR Members 2.0 di sini, maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dekat Kilometer 5.7 Jalan Pantai, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu kira-kira 4.30 pagi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebuah Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun dan dari arah Batu 4, Jalan Pantai menghala ke Taman Intan Duyung, di sini.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba sebuah motosikal dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar kereta berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.









