Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua selepas BN memenangi 21 kerusi pada PRN Melaka

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua, hari ini.

Ab Rauf, 65, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini pada 12.10 tengah hari.

Istiadat itu turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Salhah Salleh serta calon-calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang meraih kemenangan, semalam.