Media melaporkan pegawai mengesyaki bas terbabit dipandu terlalu laju sebelum terbabas dan merempuh lori dari arah bertentangan. (Gambar Pixabay)NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 24 maut apabila sebuah bas bersaiz kecil bertembung sebuah lori di negeri Assam, timur laut India pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman.
Menteri negeri, Atul Bora, memberitahu pemberita sekurang-kurangnya 11 mangsa cedera dalam kemalangan di lebuh raya berhampiran Taman Negara Kaziranga, dengan ramai daripadanya ialah murid sekolah.
Kira-kira 35 orang, termasuk pemandu berada dalam bas itu, menurut laporan akhbar harian India, Hindustan Times dan media lain yang memetik kenyataan polis.
Hindustan Times memetik seorang mangsa terselamat berkata, bas itu penuh sesak dan beberapa penumpang berdiri di lorong antara tempat duduk.








