BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki berusia 41 tahun maut ditembak di sebuah depoh penyimpanan diesel perindustrian di Mukim 14, Bukit Minyak, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa dipercayai ditembak sebanyak tiga das pada bahagian badan dan kaki.
Difahamkan, suspek yang dipercayai rakan sekerja mangsa berusia dalam lingkungan 40-an, melarikan diri dari lokasi kejadian sejurus selepas melepaskan tembakan.
Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan, termasuk mengenal pasti motif di sebalik serangan berkenaan.









