Takiyuddin Hassan menyifatkan kerjasama BN-PN yang lebih tersusun sebagai formula baik dalam menghadapi pilihan raya.PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan menyifatkan kerjasama lebih tersusun dengan Barisan Nasional (BN) sebagai formula baik menyaksikannya penguasaanya pada PRN Melaka.
Menurutnya, penguasaan itu dapat dilihat menerusi paparan keputusan pilihan raya yang menunjukkan warna biru mendominasi hampir keseluruhan kerusi, berbanding hanya empat kerusi berwarna merah, merujuk kepada Pakatan Harapan (PH).
Takiyuddin berkata, kerjasama BN-PN pada PRN kali ini lebih berstruktur dengan adanya jawatankuasa di peringkat pusat dan negeri bagi menyelaraskan gerak kerja kedua-dua gabungan.









