Bagan Datuk: Barisan Nasional (BN) tidak mahu gelojoh bagi mengadakan pilihan raya di negeri lain, terutamanya Pahang dan Perak, biarpun menyaksikan kemenangan hatrik dalam tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun, hal berkenaan diserahkan kepada ketua kerajaan negeri masing-masing membabitkan Menteri Besar atau Ketua Menteri dari BN untuk menilai situasi di negeri masing-masing.
Menurut Presiden UMNO itu, penilaian situasi itu perlu dibuat kepimpinan BN di peringkat perhubungan negeri sebelum cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dipersembahkan kepada raja pemerintah negeri masing-masing.
"Kita baru sahaja selesai (PRN) Melaka. Jadi kita tidak mahu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya di negeri-negeri lain.









