Kuala Lumpur: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, 55, berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dirinya sudah bersedia bergelar suami.
Menerusi beberapa foto dimuat naik di Instagram (IG) rasminya, Hans yang juga pelakon menulis kapsyen ringkas penuh makna mengenai pengumuman istimewanya itu.
"DIA KATA... YA! Selamanya bersama insan kesayangan saya. Menuju alam keabadian bersamamu, bakal isteri Kayan/Iban saya. Keputusan terbaik yang pernah saya buat dan dia bersetuju.
"Dia kini kekal bersama saya. Tidak lagi... "Hans bila nak kahwiinnnn?", tulisnya pada hantaran berkenaan.









