Shenzhen: Ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu menggalakkan pembangunan kecerdasan buatan (AI) yang selamat dan dipercayai selain memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara meluas, terutamanya dalam sektor utama seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan tenaga.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh APEC, perbincangan itu berlangsung pada Mesyuarat Penutup Pegawai-Pegawai Kanan (CSOM), yang menyaksikan China mengemukakan cadangan kenyataan mengenai ekonomi digital dan AI untuk kesejahteraan rakyat.

Cadangan itu menggesa penggunaan AI diperluas untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menangani risiko pembangunan teknologi yang tidak selamat dan jurang digital yang luas.