Shah Alam: Selangor sedia meneliti pelaksanaan sistem pengecaman wajah secara automatik di pintu masuk sekolah di negeri ini bagi merekodkan kehadiran pelajar serta pelawat, susulan beberapa insiden jenayah termasuk kes kematian yang berlaku dalam kawasan sekolah sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu juga bertujuan mengawal pergerakan dan mengesan sebarang bahan berbahaya seperti besi dan pisau, selain mengelakkan pencerobohan individu tidak sepatutnya dalam kawasan sekolah.

"Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, kerajaan negeri melakukan koordinasi pengurusan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), khususnya selepas beberapa insiden di (sekolah) Ara Damansara dan kes yang menyebabkan kecederaan hingga kematian serta membabitkan kes penagih.