PILIHAN raya negeri (PRN) Johor, Negeri Sembilan dan Melaka pada 2026 memperlihatkan suatu paradoks kepemimpinan yang menarik. Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pengiktirafan antarabangsa semakin menonjol, parti pimpinannya, PKR, pula berdepan dengan kemerosotan dalam prestasi pilihan raya.
Fenomena ini menimbulkan satu persoalan penting dalam bidang sains politik, mengapakah pengaruh seseorang pemimpin di luar negara tidak semestinya diterjemahkan menjadi sokongan di peti undi tanah air.
Keputusan pilihan raya memberikan gambaran jelas. Ketika PRN Johor pada Julai lalu, Barisan Nasional (BN) menang 48 daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) sementara Pakatan Harapan (PH) memperoleh lapan dengan PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) masing-masing hanya menang satu, selebihnya dimenangi DAP.









