KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara memburu penutup cemerlang bagi kalendar antarabangsa 2026 apabila turun beraksi pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-32 di Ipoh, dari 20 hingga 28 November ini.
The Speedy Tigers pastinya mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk memburu kedudukan podium selepas mengharungi musim membanggakan dengan muncul naib juara Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dan tempat ketiga Trofi Juara-Juara Asia 2026 di Punjab, India.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) merangkap Pengurus Pasukan Senior Lelaki Kebangsaan, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak, berkata kejohanan itu menjadi peluang terbaik buat pemain meneruskan momentum positif yang dibina sepanjang tahun ini.








