KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Isnin untuk direkod keterangan berkenaan sajak karyanya bertajuk 'Patik Tak Rela'.Menurut Hassan, beliau dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada jam 3 petang."Dengan hormatnya dimaklumkan, bahawa saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang dipanggil untuk siasatan ke USJT, Bukit Aman."Siasatan berkaitan sebuah sajak karya saya yang tular di media sosial bertajuk 'Patik Tak Rela'," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tambah beliau, dirinya akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Pada Ahad, Hassan meluahkan rasa kecewa berhubung isu Datuk Seri Najib Razak menerusi sajak yang dimuat naik di Facebook miliknya.Menerusi sajak itu, Hassan yang juga seorang peguam mempersoalkan sama ada tindakannya menyuarakan bantahan terhadap perkara yang dianggapnya sebagai ketidakadilan boleh disifatkan sebagai derhaka.Beliau turut menyentuh prinsip keadilan yang perlu ditegakkan tanpa mengira kedudukan atau darjat seseorang, selain menyifatkan sikap berdiam diri terhadap ketidakadilan sebagai satu bentuk persubahatan.
Sajak ‘Patik Tak Rela’: Ahli Parlimen Pasir Gudang dipanggil ke Bukit Aman

Key takeaways
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dipanggil ke Bukit Aman untuk disiasat berkaitan sajak 'Patik Tak Rela' yang tular di media sosial.
- Hassan dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas untuk ditemubual mengenai sajaknya.
- Beliau akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Sajak itu menyentuh isu keadilan dan ketidakadilan yang dilihatnya sebagai perkara penting.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Penggodam sasar telefon milik ahli parlimen Jerman
- Malaysiakini (BM) Mafia korporat: Ahli parlimen ragui siasatan AG, desak RCI
- Malaysiakini (BM) Hadi samakan CSA Putrajaya dengan ahli parlimen sebagai pendekatan Dajal
- Free Malaysia Today Hassan Karim disiasat Akta Hasutan susulan sajak ‘Patik Tak Rela’
- Sinar Harian Sajak ‘Patik Tak Rela’: Ahli Parlimen Pasir Gudang dipanggil ke Bukit Aman (this story)









