KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan pembangunan sebanyak 30,000 unit pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara menjelang tahun 2030 iaitu kira-kira empat kali ganda jumlah semasa.Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin berkata, sasaran tersebut akan direalisasikan melalui penggalakan pelaburan sektor swasta melalui pengendali titik pengecasan (CPO) serta kerjasama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemain industri."Bagi memastikan akses kepada kemudahan pengecas EV dapat diperluaskan secara lebih menyeluruh, kerajaan akan terus menggalakkan CPO untuk meneroka peluang pelaburan di kawasan luar bandar dan pekan kecil."Bagi menyokong usaha peluasan tersebut, kerajaan juga telah memperkukuh pendekatan Whole-of-Government melalui kerjasama antara kementerian, agensi, syarikat utiliti, kerajaan negeri, PBT dan pemain industri," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.Dalam pada itu Tze Tzin memaklumkan, sehingga 30 September 2026, sebanyak 7,341 unit pengecas EV awam telah dipasang di seluruh negara, terdiri daripada 4,992 pengecas arus ulang alik (AC) dan 2,349 pengecas pantas arus terus (DC).Menurutnya, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada aspek taburan dan aksesibiliti infrastruktur bagi memastikan pembangunan kemudahan pengecas tidak hanya tertumpu di kawasan bandar utama, malah diperluas ke kawasan pekan kecil dan luar bandar berdasarkan keperluan setempat."Kerajaan mengambil pendekatan bahawa pembangunan kemudahan ini perlu dilaksanakan secara berperingkat dan strategik berdasarkan potensi penggunaan serta kesesuaian lokasi bagi memastikan kemudahan dapat dimanfaatkan secara optimum."Pengguna EV di kawasan luar bandar dan pekan kecil yang mempunyai kemudahan parkir serta bekalan elektrikbersesuaian di kediaman masing-masing, berpeluang memasang pengecas EV persendirian bagi memenuhi keperluan pengecasan harian," ujarnya.
Kerajaan sasar 30,000 pengecas EV menjelang 2030

Key takeaways
Kerajaan sasar 30,000 pengecas EV di seluruh negara menjelang 2030, empat kali ganda jumlah semasa.
- Sasaran 30,000 pengecas EV akan dicapai melalui pelaburan sektor swasta dan kerjasama kerajaan.
- Sehingga 30 September 2026, 7,341 unit pengecas EV awam telah dipasang di seluruh negara.
- Pembangunan pengecas EV akan dilaksanakan secara berperingkat dan strategik, termasuk kawasan luar bandar.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Risda sasar produktiviti getah 1,500 kg sehektar menjelang 2030
- Berita Harian Neo Medicare sasar hasil RM1 bilion menjelang 2030
- Sinar Harian Kerajaan sasar 30,000 pengecas EV menjelang 2030 (this story)
- Utusan Malaysia 30,000 pengecas EV disasar menjelang 2030








