Kuala Lumpur: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memerlukan pencetus perubahan (game-changer) yang strategik dan segera susulan kegagalan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu.

Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, parti itu masih relevan dan berdaya saing dari segi politik, meskipun bertanding tanpa kelebihan jentera kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri.

"Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Bersatu tewas di kesemua tujuh kerusi ditandinginya dalam pilihan raya negeri itu.

"Parti ini hanya berjaya menyelamatkan wang pertaruhan dalam pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) di kerusi Pantai Kundor (6,112 undi) dan Lendu (2,211 undi).