Adly Zahari bersama pemimpin PH pada sidang media pasca PRN Melaka.BUKIT BARU: Bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari tidak terkejut dengan kekalahannya pada PRN Melaka hari ini selepas gagal mempertahankan kerusi DUN Bukit Katil.
Adly yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka berkata beliau menyedari kedudukannya jauh ketinggalan beberapa hari sebelum hari pengundian.
“Saya cuba merapatkan jurang itu, tetapi masa tidak mencukupi,” katanya pada sidang media malam ini ketika mengakui kekalahannya.
Beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Ridzuan Sarif daripada PAS dalam pertandingan satu lawan satu di Bukit Katil.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fml12_512151.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
