Kerjasama BN dan PN berjaya kuasai pengundi Melayu tetapi bukan dari segmen lain. PETALING JAYA: Kerjasama Perikatan Nasional (PN) dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka masih belum mampu mengatasi defisit kepercayaan pengundi bukan Melayu terhadap PAS, sekali gus menyukarkan usaha menembusi kubu kuat DAP, menurut penganalisis.

Syaza Shukri. Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata walaupun kedua-dua gabungan bekerjasama untuk menarik sokongan merentas kaum, mereka masih gagal meyakinkan pengundi di kawasan yang dikuasai DAP.

"BN yang dilihat lebih inklusif daripada PN pun sukar menembusi kerusi DAP, apatah lagi PN dipimpin PAS.

"Saya percaya kerjasama ini masih tidak cukup dan 'trust deficit' bukan Melayu terhadap PAS masih tinggi," katanya kepada FMT.