Peruntukan sebanyak RM209 juta bagi penerbangan pedalaman tersebut dijangka akan memanfaatkan kira-kira 820,000 penumpang. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: AirBorneo kini dimiliki Sarawak, namun subsidi kerajaan persekutuan bagi penerbangan pedalaman masih diperlukan bagi memastikan penduduk terus mempunyai akses kepada pengangkutan udara mampu milik, terutama di kawasan dengan pilihan perjalanan terhad.
Ahli ekonomi Firdausi Suffian berkata keperluan subsidi itu harus dinilai berdasarkan kepentingannya kepada penduduk, bukannya semata-mata siapa yang memiliki syarikat penerbangan berkenaan.
“Tanpa subsidi, kos pengangkutan boleh menjadi jauh lebih tinggi, jadi subsidi ini diperlukan untuk membantu penduduk mendapatkan akses, terutama di luar bandar,” katanya kepada FMT.






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fml12_512151.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

