LONDON – Pasukan Yamaha tidak akan dikenakan sebarang hukuman perlumbaan dan hanya berdepan kemungkinan denda kewangan susulan keputusan tidak beraksi pada Grand Prix (GP) Qatar, minggu lalu.

Presiden Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Jorge Viegas mengesahkan perkara itu meskipun promoter kejuaraan sebelum ini Dorna memberi amaran bahawa pengeluar dari Jepun itu boleh dikenakan tindakan disiplin dan penalti kewangan.

Menurut Viegas, FIM tidak mempunyai peruntukan dalam kod tatatertib sedia ada untuk mengenakan hukuman perlumbaan terhadap pelumba yang gagal hadir pada sesuatu pusingan.

“Kenyataan Dorna itu, bukannya daripada FIM adalah tidak tepat kerana menyatakan hukuman perlumbaan boleh dikenakan sedangkan perkara itu tidak mungkin berlaku.