LONDON – Sebuah kapal selam nuklear Britain menerima sambutan wira selepas menamatkan misi rondaan luar biasa selama 217 hari, memecahkan rekod dunia bagi penugasan paling lama dalam sejarah, lapor saluran berita GB News.
HMS Vengeance itu berada di bawah permukaan laut selama tujuh bulan tiga hari sebelum selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Clyde (HMNB Clyde), Scotland, semalam.
Pencapaian itu berjaya mengatasi rekod terdahulu selama 205 hari yang dicatatkan oleh HMS Vanguard awal tahun ini.
Ia menandakan kali pertama dalam sejarah rondaan kapal selam melebihi tempoh tujuh bulan.









