Key takeaways
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, memohon maaf kepada Malaysia dan Singapura atas jerebu rentas sempadan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila. Beliau menegaskan komitmen kerajaan Indonesia untuk menangani kebakaran hutan melalui tindakan penguatkuasaan dan operasi pemadaman.
- Kebakaran hutan yang berlarutan hampir empat bulan menyebabkan jerebu menjejaskan komuniti di Malaysia dan Singapura.
- Indonesia membatalkan 17 konsesi syarikat, dengan 104 syarikat sedang disiasat dan 11 sudah didakwa.
- Sebanyak 71,000 anggota digerakkan untuk operasi pemadaman, dengan 16 orang terkorban dan ramai cedera.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
MANILA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memohon maaf kepada Malaysia dan Singapura yang terjejas akibat kejadian jerebu rentas sempadan susulan kebakaran hutan.
Permohonan maaf itu disampaikan ketika beliau berucap pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, Filipina, semalam.
Menurut kenyataan Biro Akhbar, Media dan Maklumat Sekretariat Presiden Indonesia, Prabowo memberi jaminan pelbagai usaha digerakkan pihaknya bagi menangani kebakaran hutan dan tanah berkenaan.
Bagaimanapun, kebakaran yang berlarutan hampir empat bulan itu menyebabkan jerebu merentasi sempadan sehingga menjejaskan komuniti di Malaysia dan Singapura.