WASHINGTON: Ribuan penerbangan di Amerika Syarikat (AS) dibatalkan atau mengalami kelewatan ketika sistem kawalan trafik udara negara itu masih dalam proses pemulihan susulan kegagalan teknikal yang menyebabkan semua pesawat diarahkan berhenti berlepas, satu kejadian yang jarang berlaku di seluruh negara.

Setiausaha Pengangkutan, Sean Duffy berkata, operasi penerbangan dijangka kembali normal selewat-lewatnya pada Isnin.

“Kami mempunyai pesawat dan kru yang berada di lokasi tidak sepatutnya, jadi keadaan ini memerlukan sedikit masa untuk dipulihkan,” katanya kepada rakan penyiar di CBS.

Lebih 8,800 penerbangan mengalami kelewatan manakala 2,400 lagi dibatalkan pada Ahad.