"BEBAS kimia" atau "Chemical free", dua perkataan yang cukup untuk membuat kita rasa lebih yakin ketika memilih sesuatu produk.

Kita melihatnya pada kosmetik, produk penjagaan diri, makanan, bahan pencuci rumah dan pelbagai produk pengguna. Ditambah pula dengan perkataan seperti semula jadi, organik, bersih atau tanpa toksin, gambaran yang terbentuk biasanya hampir sama - lebih semula jadi, lebih bersih dan lebih selamat.

Tetapi pernahkah kita berhenti seketika dan bertanya: Bebas daripada bahan kimia yang manakah?

Soalan ini membawa kita kepada satu salah faham yang sangat biasa iaitu menganggap "bahan kimia" sebagai sesuatu yang berbahaya.