Kuala Lumpur: Selepas 20 tahun berjuang membina nama Revenge dalam industri muzik Indonesia, Chimot selaku pemain dram band indie popular itu akhirnya mengesahkan mengundur diri.
Keputusan itu diumumkan Chimot atau nama sebenar, Archims Pribadi pada Konsert Revenge - Titik Sadrah di Bandung, Indonesia pada 30 Oktober lalu dan Chimot hadir buat kali terakhir di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi.
Dalam ucapannya, Chimot memaklumkan kesudiannya muncul di Zepp sempena Titik Sadrah - Konsert Tunggal 20 Tahun Revenge adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada semua peminat di Malaysia.
"Terima kasih banyak, kalian sudah hadir di sini. Sudah membuat impian mimpi saya terwujud. Tanpa kalian semua juga, kami (Revenge) bukan siapa-siapa, terima kasih banyak saya ucapkan.









