KUALA LUMPUR: Suara meminta tolong dari celahan rumput tebal membongkar nasib seorang lelaki warga yang terjatuh ke dalam lubang longkang tidak berpenutup di Jalan Amaniah, dekat Gombak awal pagi tadi.

Kejadian disedari seorang orang awam selepas terdengar jeritan meminta tolong dari arah kawasan bersemak di tepi jalan berkenaan sebelum menemukan mangsa dalam longkang terbabit.

Berdasarkan perkongsian pengguna Threads, @ninirafar, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang itu kira-kira sejam sebelum disedari berikutan keadaan lokasi yang sunyi pada waktu awal pagi.

Menurutnya, kawasan berkenaan bukanlah laluan pejalan kaki selain dipenuhi semak-samun yang mengehadkan penglihatan, menyebabkan ketiadaan penutup longkang di situ sukar disedari orang ramai.