ALOR SETAR: Seorang lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung insiden menceroboh kawasan Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di Mahkamah Majistret Alor Setar bermula hari ini hingga 18 November hadapan untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi semalam, suspek ditahan selepas memasuki kawasan bangunan itu dengan menaiki motosikal tanpa berhenti untuk pemeriksaan di pos pengawal keselamatan.

Suspek mengeluarkan pisau kecil hitam dan menunjukkannya ke arah pengawal keselamatan itu, berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis.