Mies: Presiden Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Jorge Viegas menegaskan Yamaha tidak akan dikenakan sebarang hukuman kerana menarik diri daripada Grand Prix (GP) Qatar, memandangkan tiada peraturan yang memperuntukkan hukuman terhadap pelanggaran kontrak komersial.
Kedua-dua pasukan Yamaha bersama empat pelumba tidak beraksi di GP Qatar hujung minggu lalu, berikutan pendirian mereka untuk mematuhi dasar perjalanan dalaman syarikat berhubung rantau Asia Barat susulan kebimbangan keselamatan akibat perang Iran.
Perkembangan itu berlaku ketika pihak pengurusan MotoGP mengancam pelumba dengan hukuman, termasuk larangan beraksi dalam perlumbaan, sekiranya mereka memilih untuk memboikot GP Qatar selepas 19 daripada 22 pelumba dalam senarai penyertaan menandatangani surat membantah penganjuran perlumbaan itu.









