LONDON: Yamaha tidak akan berdepan hukuman sukan susulan keputusan menarik diri daripada Grand Prix (GP) Qatar, meskipun tindakan itu melanggar perjanjian komersial bersama penganjur MotoGP.

Presiden Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Jorge Viegas berkata, tiada peraturan ketika ini yang membolehkan tindakan sukan dikenakan terhadap pasukan atau pelumba yang gagal menyertai perlumbaan.

Beliau turut menyifatkan kenyataan MotoGP sebelum ini yang memberi amaran mengenai kemungkinan hukuman sukan terhadap Yamaha sebagai tidak tepat kerana peruntukan sedemikian tidak wujud dalam peraturan semasa.

“Itu kenyataan media Dorna, bukannya FIM, adalah tidak tepat kerana menyatakan hukuman sukan boleh dikenakan, sedangkan peruntukan sedemikian tidak wujud,” kata Viegas.