KOTA BHARU: Pihak berkuasa Thailand menggagalkan cubaan menyeludup 240 kilogram (kg) syabu bernilai lebih RM28.9 juta ke Malaysia susulan operasi di Bangkok dan Prachuap Khiri Khan, minggu lalu.
Hasil operasi bersama Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) Bangkok dan Polis Metropolitan Divisyen 7 itu, lima rakyat Malaysia turut ditahan dipercayai terbabit rangkaian pengedaran dadah rentas sempadan.
Jurucakap keselamatan Thailand berkata, siasatan dimulakan susulan penahanan seorang lelaki Thailand dipercayai dalang sindiket berkenaan di wilayah Nonthaburi pada 30 Oktober lalu.
Katanya, dua wanita warga Thailand berusia 24 dan 25 tahun turut ditahan dalam operasi di wilayah Prachuap Khiri Khan Khamis lalu.








