Kota Bharu: Pihak berkuasa Thailand menggagalkan cubaan menyeludup 240 kilogram (kg) syabu bernilai lebih RM28.9 juta ke Malaysia susulan penahanan lima rakyat Malaysia hasil operasi di Bangkok dan Prachuap Khiri Khan, minggu lalu.
Penahanan itu dilakukan sepasukan pegawai Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) Bangkok dan Polis Metropolitan Divisyen 7, terhadap rangkaian pengedaran dadah rentas sempadan.
Jurucakap keselamatan Thailand berkata, siasatan itu dimulakan susulan penahanan seorang lelaki Thailand yang dipercayai dalang sindiket berkenaan di wilayah Nonthaburi pada 30 Oktober lalu.
Katanya, dua wanita warga Thailand berusia 24 dan 25 tahun turut ditahan dalam operasi di wilayah Prachuap Khiri Khan pada Khamis lalu.










