Madrid: Sekurang-kurangnya 1,580 migran tiba di Kepulauan Canary, Sepanyol pada Sabtu melalui laluan migrasi Lautan Atlantik, mencatatkan jumlah ketibaan tertinggi dalam sehari sepanjang 32 tahun sejarah laluan itu, menurut agensi berita Sepanyol EFE, lapor Xinhua.
Angka itu mengatasi rekod harian terdahulu sebanyak 1,461 orang yang diselamatkan pada 7 November 2020.
Menurut EFE, lebih 2,400 migran tiba di kepulauan itu sepanjang Jumaat dan Sabtu.
Kebanyakan migran tiba di Pulau El Hierro, dengan 1,327 orang mendarat di pulau berkenaan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F07%2F299d7116a0b50d695a05e8f006be83c8.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)