Kuala Lumpur: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap beberapa akaun media sosial yang didakwa menyebarkan maklumat palsu mengenai projek pembangunan negeri itu.

Beliau berkata, kebanyakan hantaran berkenaan menggunakan ayat dan naratif hampir sama termasuk mendakwa wujud projek bernilai ratusan juta ringgit serta menyebut nama syarikat yang meragukan.

Katanya, sebahagian besar akaun terbabit juga tidak mempunyai pengikut dan menimbulkan keraguan terhadap kesahihan kandungan yang disebarkan.

"Saya sentiasa terbuka menerima teguran, kritikan dan aduan daripada bangsa Johor. Insya-Allah, setiap aduan akan disemak dan diambil tindakan.