Ravenna: Legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho kembali merasai bahang aksi kompetitif selepas beraksi selama 45 minit bersama kelab divisyen ketiga Itali, Ravenna, namun hasrat untuk melengkapkan koleksi 300 gol dalam karier profesionalnya tidak kesampaian.
Pemain berusia 46 tahun itu membuat penampilan semula selepas mengumumkan penyertaan bersama Ravenna pada Jun lalu, kira-kira 11 tahun selepas kali terakhir beraksi secara profesional bersama Fluminense.
Lima bulan selepas pengumuman itu, pemenang Piala Dunia 2002 berkenaan disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika Ravenna berdepan seteru tempatan, Forli.
Ronaldinho yang menamatkan karier dengan 299 gol profesional mempamerkan beberapa sentuhan menarik, malah terbabit dalam gerakan yang menghasilkan jaringan pembukaan Ravenna menerusi Giulio Donati.









