KUALA LUMPUR: Seramai 2,572 mangsa banjir daripada 777 keluarga di empat negeri masih berlindung di 23 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), negeri terjejas itu ialah Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.
Mangsa berkenaan membabitkan 1,642 lelaki serta wanita dewasa, termasuk 267 warga emas, selain 898 kanak-kanak dan 77 bayi.
Selangor mencatat jumlah tertinggi mangsa banjir dengan 1,395 orang (369 keluarga) ditempatkan di tujuh PPS di Kuala Selangor.









